Thursday, February 12

Penyatuan atau Perpisahan?

Semua gadis pasang mimpi
Berjumpa putera idaman hati
Bikin mereka jadi suri
Lalu tercapai segala duniawi

Semua gadis mahu bahagia
Kerana senyuman milikan segala
Tak pernah detik seketika
Aturan Tuhan ada permainannya

Mungkin karena cinta itu manis
Lalu harus berakhir dengan mahligai
Yang menyatukan
Yang membahagiakan
Namun cuma khayalan

Apakah pernikahan cuma untuk sandiwara?
Apakah penyatuan jiwa cuma sia-sia?
Apakah sebenarnya mahu manusia?

Apa, kita perlu bersatu kemudian berpisah kemudian balik lagi agar dapat mengerti?
Entah, aku bingung.

No comments: