Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Gadis

Aku kenal satu gadis -- simpan kegilaan yang sama. simpan derita yang serupa. punya bahagia kerana aku dan dia -- ada satu ruang dalam hati, sentiasa untuk disayangi.  Aku kenal satu gadis -- yang aku benar-benar sayang.  yang aku ingin sekali bersama berjuang. lagi.

Diam.

Aku cuma mahu diam. Aku cuma mahu bungkam. Walau banyak manapun aku ingin bicara, aku cuma belum jumpa bahagia. aku mahu cari rasa yang sebenarnya. bahagia. Aku cuma mampu diam. bungkam. dan pendam.

Why Are Many Terrorists Identified as Muslim? - Quora

Ini aku dapat dari Quora. How sad. Two simple graphs should show how global terrorism is morphing over the past few years. Twenty years ago, many of the terror movements were secular, primarily struggles for independence or were inspired by leftist ideologies. In fact, the top 5 terror movements from 1970-1995 by number of attacks were Shining Path, FMLN, Irish Republican Army, Basque's ETA and FARC. However, over the last 10 years, the terror movements have been radically altered. Today, the top terrorist organizations are influenced by the radical jehadi ideology. For instance, jehadi groups have been responsible for most number of terror attacks. Data from 2005 - 2010 clearly shows that most of the top terror groups do have Islamic roots - Source: Global Terrorism Database Not only the number, but almost all of the spectacular terror strikes against civilian targets have been carried out by the jehadi groups. The reason for this change is driven by t

Lewat Masa Lalu - Derita

Kenapa, masa lalu tak pernah mahu lewat jauh dari aku? Padahal inginku cuma lihat masa depan lebih cerah, dan masa depan lebih terang. Bahagia, dan jauh dari derita. Ya, aku manusia penuh derita. Hari-hari kau lihat aku berusaha untuk bahagiakerna saban masa aku dipanggil - derita.

Hujan Bawa Pergi Derita

Kalau air mata itu boleh membanjir seluruh bandar, rata-rata tempat ini sudah lama tenggelam, dan hilang dimamah cecair derita. Aku manusia pincang pun tahu khabarkan sedih pada dunia.  Semalam itu aku tangiskan pada Yang Maha Esa, kenapa nasib dironta dan dibunuh tanpa belas? Ini Ramadhan al Mubarak. Ingin ku hanya pergi jauh dari derita, dan aku cuma mahu janji - bahawa orang orang teraniaya doanya makbul. Hujan - bawa pergi derita, dan serta makbul doa.

Kalau Aku Diusul Periksa

Banyak kali, kalau aku diusul periksa, apa yang aku mahu - cuma seorang kekasih yang tegar mencinta dan sebuah ruang, hanya untuk aku dan dia. Banyak kali, kalau aku diusul periksa, apa yang aku ingin - cuma seorang lelaki yang kukuh berdiri dan sebuah rumah kalis ribut untuk dia bila radangku meninggi. Banyak kali, kalau aku diusul periksa, apa yang aku ingin - cuma seorang penyinta yang tegas mempertahan dan sebuah langit untuk kami, terus menerus sayang antara satu sama lain. 

Kuatkan Aku

Ada masa semuanya berjalan lancar untuk kita. Kita rasa, segala-galanya baik-baik sahaja. Syukur, ke hadrat Ilahi, masih mahu bernafas dan berdiri. Aku ini, kalau diumpamakan pucuk rebung yang goyah dan rapuh, sudah lama patah dan lenyap dari muka bumi. Kerna silap dan khilaf yang terlampau, dan aku sendiri tidak pernah mengerti kenapa ia terjadi. Kun fayakun.  Kuatkan aku, Ramadhan. Kuatkan aku, ya Allah. 

Hati Goyang

Hati kau, terusikkah bila dengar nama aku? Hati aku, bergetar dan gemanya ke seluruh dasar. Hati kau, rasa ingin dirambu asap kelabu kah bila dengar nama aku? Hati aku, sudah picang ditiup gelap malam. Hati kau, pejal berkeladak kah bila dengar nama aku? Hati aku, sudah lama retak seribu.

Berjumpa Mantan Pacar di Jalanan

Bila satu hari kau jumpa mantan pacar di jalanan, dan dia bergaya lebih dari biasa. "Kenapa yang bukan lagi milik kita, selalunya tampil lebih istimewa dari semasa dia di genggaman?" Ada sebab kenapa kita tidak lagi bersama. Ada punca, kenapa dia tidak lagi jadi insan yang menganyam mimpi indah hingga lena. Dan bila aku jumpa lagi mantan pacar di jalanan, dan dia bergaya lebih dari biasa. Tiba-tiba aku sedar yang jodoh kami tiada.

Listen

Cari

Setiap kali aku dengar mereka yang tercari-cari, apa itu realiti. Itu sedang berlaku di atas retina mereka. Setiap kali aku dengar mereka yang tercari-cari, apa itu nyata. Itu sedang berlaku di atas tangan mereka. Dunia kau dan dunia aku, tiada bezanya. Nafas aku belum tentu sama panjang, dengan nafas kamu.

Terkial-kial

Hati aku sedang dikalung dusta. Jiwa aku sedang dirantai nestapa. Dan aku, masih terkial-kial kejar dunia. Hati aku sedang diselimut duka. Jiwa aku sedang diselaputi derita. Dan aku, masih menangis sehingga kini.

Different

Manusia Tidak Normal

Aku manusia normal, sedang hidup dengan perkadaran kerja yang tidak pernah normal. Aku manusia normal, ditekan-tekan dengan sesakan masalah yang tidak pernah normal. Aku manusia normal, dicampak tanpa belas kasihan, dipincang rasa tidak normal. Aku manusia normal, sedang bernafas dalam udara yang tidak pernah rasional. Dah lama rasanya, jadi manusia normal yang tahu apa itu normal.

Bullshit

Jahanam rasa ini. Betul-betul celaka perasaan yang sebegini. Betul-betul sampai aku ingin kata pada dunia. Aku sudah berhenti dari menipu. Aku sudah berhenti dari mengadili. Jahanam semua yang masih bodoh dan jahil. Betul-betul celaka keinginan aku kali ini. Betul-betul sampai aku ingin usir mereka. Aku sudah kuat untuk bersuara, Aku sudah kuat untuk bertakhta.

Masa

Ada komrad sedang usahakan yang terbaik untuk kita. Ada mereka-mereka yang sedang cari jawapan terbaik untuk soalan-soalan menyesakkan. Dada aku ini sesak dengan kegilaan. Otak aku hanya berputar untuk keduniaan yang entah di mana penghujungnya. Aku ini, hanya manusia biasa. dan aku cuma mahu, masa.

Berubah

Aku sempat lupa, jarak itu boleh jadi punca. Aku sempat lupa, jarak itu boleh jadi bahaya. Aku pernah rasa, yang bahagia itu selamanya. Aku pernah rasa, yang infiniti rasa untuk kita. Bila kau sudah pergi jauh-jauh. Bila kau sudah ada pengganti kukuh. Jangan buat dia derita seperti aku.

Kau Pergi

Dah hampir tujuh tahun, aku kenal kau. Dah lima tahun hari Isnin sampai Jumaat aku akan nampak muka kau. Hari-hari. Sengaja atau tidak. Dan kau tak pernah berubah walau sikitpun. Setahun berikutnya, aku hanya jumpa kau seminggu dalam dua bulan. Bila aku ada kelapangan. Dan aku rindu sarikastik kau. Aku rindu masa menyuap kek pada kau. Aku rindu mengecat ala van Gogh dengan kau berjam-jam di bengkel. Aku rindu dipanggil 'isteri' kau. Aku rindu dengar kau nyanyi lagu Wali Band. Aku rindu bercakap-cakap dengan kau dalam kereta, dan kau buat aku ketawa. Aku bakal rindu banyak perkara pasal kau. Buku Licik itu buku yang paling aku sayang, dan aku tahu kau boleh jaga. Dan akan ingatkan kau pasal Kapit, setiap kali. :) Dear MFH. I will miss your darkness.