Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Bangkitlah.

Orang kata, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ya aku sedang menduga lautan dengan kail nan sejengkal. Kau fikir mudah untuk berada dalam posisi aku? Kau fikir aku akan mengalah dengan luka nan sehiris? Tidak sekecil hama pun aku akan meletak bendera putih. Tanda kasih. Tanda cinta. Tanda perjuangan hakiki. Kerana kau ku masih di sini. Kerana rasa terhutang budi, aku panjatkan doa,mohon kekuatan dari Ilahi, semoga pegangan kukuh selamanya. Kerana turutkan rasa aku binasa. Aku mohon pada diri. Bangkitlah. Ini jalan menuju kejayaan.