Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Diriku.

Aku masih tidak mampu luahkan sedih.  Aku bohong pada dunia katakan aku sebenarnya bahagia. Aku bohong pada rasa, aku tidak jadi diriku. Aku masih bukan diriku. Perjalanan cari diri, cari rasa untuk diri sendiri. Perjalanan cari masa, cari ruang untuk segala-segalanya. Hilang. 

Mawar.

Mawar untuk hari bahagia. Mawar untuk hari derita. Mawar untuk bangkitkan rasa.  Mawar untuk pudarkan jiwa. Aku cuma mahu. Satu mawar untuk kita. Kongsi bersama. 

Makna.

Jangan pernah bingung bila aku ungkap cinta. Jangan pernah rasa iri bila aku tiada masa. Kau bermakna segalanya. Sebelum kau ada, hidup hambar dari sempurna. Sebelum kau hadir, hidup sedih dari nyata. Kau beri ku bahagia. Puisi cuma mainan kata, kata adalah gambaran hati kita.

Hari-hariku.

Hari-hari ku ada kamu. Hari-hari ku milik senyummu. Hari-hari ku sayang kamu. Hari-hari ku ada di hatimu. Hari esok, aku tidak pasti. Lagi. 

Dinding dan Ruang

Ada satu ruang yang kau tidak akan bisa tembusi. Ada satu ruang yang kau tidak akan pernah miliki. Ada satu ruang yang aku tidak akan pernah sayangi.  Ada satu ruang yang aku tidak akan bisa takluki. Masa depan kita. 

Bohong

Ingin sekejap melepaskan segala keletihan, beban perasaan pada seseorang. Ingin sekali didengari walaupun cuma seketika. Tapi aku harus bangun, ini realitilah. Aku tak mungkin dipandang sempurna. Aku tak mungkin dilihat bahagia. Aku akan terus tidur, dan tidak pernah mahu sedar.