Novel yang memenang saguhati Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian ini telah diterbitkan pada 2013.
Mengisahkan perjalanan hidup Rahmat yang dilingkari oleh pantang larang dan adat istiadat Melayu. Rahmat dilahirkan sewaktu zaman penjajahan Inggeris yang kemudiannya dikalahkan oleh Jepun. Sewaktu zaman penjajahan, masyarakat Melayu hidup dalam kesusahan. Kesusahan itu disumbangkan oleh percaturan penjajah dan sebahagiannya pula disumbangkan oleh adat istiadat Melayu. Tanah keluarga Rahmat kecil tetapi berkedudukan strategik tergadai kepada Ah Sui yang licik.
Rahmat meneruskan kehidupannya di kampung dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti menoreh, menjadi SC, menangkap ikan di sungai dan pelbagai pekerjaan kampung namun masih tidak berupaya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Setelah berkahwin dengan Rokiah, Rahmat mengambil keputusan untuk berhijrah ke tanah rancangan. Biarpun sudah berpindah namun ingatan terhadap tanahnya yang tergadai tetap membara di dalam hati. Di FELDA Bukit Kayu Ara, Rahmat menghadapi pelbagai rintangan untuk mengecap nikmat kesenangan hidup. Dia terpaksa berhadapan dengan tekanan daripada peniaga cina dan tekanan daripada ketua kampung untuk membuka syarikat perkongsian. Syarikat perkongsian itu terpaksa dibubarkan apabila Raja melarikan duit syarikat. Rahmat akhirnya berpakat dengan Ah Kaw dan Sundaraju untuk membuka bidang ternakan lembu. Hasil kesepakatan mereka, syarikat mereka berjaya berkembang sehingga diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mendapatkan permit import lembu dari luar negara. Rahmat tidak perlu menggunakan kekerasan atau wang ringgit untuk mendapatkan semula tanahnya yang tergadai kepada Ah Sui. Berkat kerukunan dan kebaikan hidup yang ditunjukkan akhirnya tanah nenek moyangnya kembali semula ke tangan Rahmat.
Lari dari buku-buku indie dan cuba baca buku-buku mainstream. Tiba-tiba aku rasa gaya aku bercerita dah teruk dah.
Gaya penceritaan banyak ke arah monolog. Monolog menggerakan jalan cerita dan plot sampai ke penghujung. Tapi apa yang bestnya pasal buku ni-- zaman sebelum Jepen dan selepas Jepun. Menggerakkan FELDA. Semangat perjuangan orang Melayu yang dah tak sama macam sekarang. Nilai dan ciri-ciri 1Malaysia yang konon-konon kita laungkan sekarang sedangkan dulu, perpaduan itu lebih kukuh sebenarnya.
Buku yang berat, tapi ringan.

Comments