Thursday, October 2

Tidak apa-apa.

Dia kelihatannya tidak apa-apa;
masih teguh menongkah arus dunia,
dan bersama kau ketawa bahagia.

Dia kelihatannya tidak apa-apa;
hari ini dia pasang senyum macam suria,
dan semalam juga sama.

Dia kelihatannya tidak apa-apa;
masih kuat mengharung bencana,
dan menolak sisa sisa duka.

Benarkah dia tidak apa-apa?

No comments: