Thursday, October 9

Sebuah Kota Banyak Cahaya

Hari ini aku lihat ramai yang bahagia,
yang kerana poketnya berisi tebal.
buat belikan anak anak di rumah bekal.

Hari ini kota kota sudah banyak cahaya;
dan lelaki memaksa keringat bekerja,
tanah rumah sekangkang kera.

Hari ini bangunan tinggi tinggi,
hujungnya tajam mencucuk langit,
hujan turun kerana awan sakit.

Hari ini aku lihat kota banyak cahaya,
cuma putih tanpa hijau yang aman,
dan suatu hari nanti aku bimbang kehilangan.

No comments: