Thursday, October 16

Rembulan yang Kesal

Rembulan yang menangis;
kerana tiada pungguk yang merindu,
kerana ia selalu kufur pada perasaan itu,
yang selalu ada menunggu.

Pungguk yang berhenti merindu,
kerana rindu itu perasaan yang menyakitkan,
namun ia bilang,
sudahlah -
bulan tidak mahu aku.

akhirnya rindu itu malap bersama lampu pelita,
yang sudah basah sumbunya,
dan pungguk pun mencari pasangan yang setara.

dan si bulan yang kesepian -
adalah bulan yang sering menidakkan,
biar berjuta datang perasaan,
ia terus keseorangan.


No comments: