Thursday, September 4

Cinta Pertama

Suatu petang yang indah, seorang kanak-kanak perempuan, sedang menikmati keindahan dunia yang dipinjamkan Tuhan. Dia bersandar pada sebatang pokok, dan memejamkan matanya. Tiba-tiba dia merasa sesuatu di tepinya -- sekeping gambar.

Dia mengambil gambar tersebut, dan menyimpannya, cuba untuk mencari pemilik gambar tersebut. Sehinggalah dia menikah, dia masih tidak ketemu empunya gambar itu.

Suatu hari suaminya bertanya,
"gambar siapa yang kamu simpan di dalam dompetmu, sayang?"
dan dia menjawab,
"Gambar cinta pertamaku."

Suaminya tersenyum.
"Sayang, aku yang kehilangan gambar ini beberapa tahun yang lalu."

Senyum -
bahagia.


No comments: