Thursday, August 21

Gadis Mentari

Ada seorang gadis, yang boleh buat kau jadi gila bila sehari tak bertemunya. Bila hati dan minda kau jadi sasau, dialah yang kau igau-igau.

Ada seorang gadis, yang kau sanggup berikan seluruh dunia. Biar dihimpit fatahmorgana, engkau rela.

Ada seorang gadis, suria pun bukan bandingannya, dan bulan jadi temannya.

Dan seorang gadis itu, boleh bikin hidup kau jadi tunggak terbalik - dan begitulah engkau, diperlakukan di mata dunia.

Jatuh cinta dengan gadis mentari; suatu kesilapan yang kau tidak akan lupa.


No comments: