Wednesday, January 1

Bunga-bunga kertas.

Bukan rindu yang pamit aku ke sini
Bukan juga jasa dan janji.
Tapi perjuangan, panggil aku pulang ke mari.
Tuk, aku pulang.
Tuk, aku datang.
Perasaan aku bagai terpanggang –
Menghadap Ilahi kau tenang.
Tuk, aku pulang.
Bunga-bunga kertas atas pusara ini;
Jangan dibuang.
Semai rasa yang pernah kau perjuang –
Selama-lamanya aku bawa terbang.
Megah di angkasaraya – meski kau tak sempat pandang.
Perjuangan kita;
Bukan hanya berakhir bila menghadap-Nya kau pulang.
Jumpa nanti – bunga kertas sampaikan salam ku.
Buat Dia dan atuk;

Perjuangan ini belum selesai.

2014 - puisi buat Atuk. Pergi menghadap Ilahi, 26 Ramadhan.




No comments: