Wednesday, May 8

Pendidikan Percuma: Untuk Semua.


"Free tertiary education should be for those whose parents earn a low income," said Khoo Kay Peng, who is also a political commentator.

He highlighted that the government allocates RM200 million annually to retrain unemployed graduates."

This was taken from Malaysia Today, January 25th, 2013.

Aku cite source terang-terang supaya kau baca penuh, jangan ingat aku auta fakta mana-mana. Jangan ingat aku cilok dan bangkit isu yang tak sepatutnya. Tidak, tidak. Aku bukan mahu buka isu politik. Aku rasa kalian-kalian sendiri tahu apa yang aku sokong. Jadi, jangan pertikaikan rasional aku dulu. BACA dulu.

Turun dan naik isu 'pendidikan percuma' ni.  Siapa yang tidak suka pendidikan percuma? Maaf aku kena rephrase balik. -- barang 'percuma'. Aku bukan nak kutuk mana-mana bangsa dalam isu ini. Aku pun suka. Kalau makan kat kedai, tiba tiba nak bayar, kawan kata: "Takpalah, aku belanja." Gila kau tak nak?

Tapi nilai jugaklah kalau PTPTN dimansuhkan. Aku tengok yang pergi ber-demo untuk free education ni siap bawak awek, kaki ponteng. Ah ye, aku memang suka buat assumptions, sebab aku pun mangsa ketidak-adilan assumptions. Kalau dapat pointer atas pagar, jadi aku dilihat di kalangan mereka-mereka yang selalu tidak datang kelas, selalu tidak buat tutorial/lab report. Tapi siapa tahu kalau aku tak berjaga malam untuk capai apa sistem pendidikan mahukan?

Masa aku pergi taklimat untuk universiti hari tu, aku diberitahu. Sejurus selepas kami mendapat tawaran untuk masuk universiti ni, kami akan ditawarkan wang pendahuluan PTPTN. Aku sendiri pun dah buka akaun SSPN sekarang. Kenapa aku kata PTPTN ni wajar? Agak-agaknya kau tak baca kat dokumen. PTPTN akan jadi biasiswa bila kau dapat ijazah kelas pertama.

Ni tak, dapat duit PTPTPN 30k, pergi kelab malam, beli handphone latest, modify kereta dan motosikal. Hang sedarlah sikit, tu duit untuk education hang. Bila dah habis baru sedar, nak cakap, "mak ayah saya susah kat kampung encik, tolonglah"  Palahotak hang.

Biasiswa? Berlambak. Kalau nak apply je. Itu yang perlu kau buat. Kata zaman maju, segalanya di hujung jari. Aku apply semua biasiswa yang ada. Kau nak? Sini.

Aku bukan kata PTPTN tak wajar dihapuskan. Tapi nak masuk U guna duit apa? Free education rasanya berkaitan dengan segala yuran, dan bayaran-bayaran untuk di universiti sahaja. Jadi, tambang-tambang kau siapa nak tanggung? That's why for me, PTPTN is still relevant. Satu je lah, kalau orang-orang terdahulu mampu buat, kenapa kau pulak tak boleh buat? Kuncinya: berhenti merungut and start working your ass off. Malu, aku ada kawan-kawan yang canang free education tapi belajar tak ke mana. Macam aku sendiri. Dapat pointer macam jahanam, kira aku nak salahkan pensyarah yang tak terang semua, dewan periksa yang tak selesa, ke pengawas peperiksaan yang tak bagi arahan betul-betul ataupun pemeriksa yang tak baik hati? Semua tu bergantung pada diri sendiri sebenarnya.

Aku cuma bincang sisi buruk sahaja, basically on emotional reasons. Kalau kau ada sisi baik tolong jangan segan-segan tekan komen. Aku mahu tahu apa kau rasa.

Keep calm dan terus berharap kalau-kalau masa birthday ada orang nak belanja handphone baru: FREE.




No comments: