Saturday, December 8

Sembang Tentang Bisik, Bisikan Syaihan Syafiq.

Oh my, oh my. It's time to do some review.

Bisik, dari Buku Fixi. Yang kelima dalam senarai buku Fixi aku. Lepas Kopi, Ngeri, Zombijaya, Kelabu.


Sebenarnya, aku taj berani nak letak novel ni sebelah bantal aku, sebab aku selalunya baca novel sebelum tido. Ye lah, bagi mata letih sikit #tips. Okay, tapi kucing tu memang gebu dan comel. Cuma, mata dia kaler merah, okay ngeri sikit lah. You know I'm living in a place I couldn't mention and you-know-what.

Okay dah melencong kejap bak kata Amrul.

*reset*

"Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?"

Serius, aku kena senggama minda bila baca novel ni. Aku buat review sebab, aku nak korang baca.

Apa yang aku suka pasal novel ni?

Cover.
Tu sebab utama aku beli novel ni dulu. Aku gilakan kucing. Dan tarikan graviti dia SANGAT, SANGAT kuat.

Susunan cerita dia.
Ironik. Mikael salahkan orang lain untuk kematian orang yang dia sayang. Padahal...

Bahasa.
Ini tak payah cakap. Memang sempoi. Gila lah.

Dah, banyak tak review aku ni banyak tak? Sebenarnya aku masih puzzled dengan ending dia, mungkin kena baca dua kali macam aku baca Kelabu dulu. Eh tak tak. Kelabu banyak kali. Cerita dia, novel tu ada dengan Natassja. Dia pun gilakan cover tu jugak. Dah sah sah aku jadi promoter buku Fixi lah gini.

Apa yang aku tak suka pasal novel ni?
NOTHING.

Rating, out of bounds. Please, do read.
Like seriously.

Xoxo, Reen, publish.

No comments: