Wednesday, May 16

Sembang Ngeri (Buku Fixi) by Gina Yap Lai Yoong



okay dah gedabak sangat ni. wkwkwkc.

Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?

Setelah akhirnya tak baca buku, okay tipu dah baca himpunan cerpen Kopi hari tu. kali ini membaham pula Ngeri. kenapa baca Ngeri dulu? sebab Kelabu nak save dalam bas nanti. hewhewhew.

Rebiu saya untuk Ngeri ni, banyak main imaginasi. Ye saya dah boleh teka jalam cerita dia macam mana. Tapi tak boleh pulak nak kabor dekat sini, kan? Nanti tak syok pulak korang baca.

Melalui cover tu je saya dah dapat rasa thriller dia. *pasang background Thiller-Michael Jackson* tak mudah nak karang sebuah buku thriller. Sebab tak semua orang boleh imagine macam mana budak tu disumbat dalam peti ais. Macam mana orang dicucuk dengan dawai. Macam mana tubuh dikerat kerat. Macam mana nak sambungkan tombol pintu dengan elektrik kan? kan kan?

Selain tu untuk penulis bukan berbangsa Melayu nak tulis sebuah novel Bahasa Melayu, memang power gila lah. Pernah seorang sahabat kata, kalau bukan Melayu bagus berbahasa Melayu, dia paling terbaik. eh? wkwkwkwkwcc.

Selain tu, pembahagian watak penting dia memang betul. Memang menyeluruh sampai kita tak jangka siapa pembunuh sebenar dia. Sampai satu masa.......

Tapi secara keseluruhannya saya syak semua tu macam pembunuh dia. Awak syak tak? Wkwkwkwkc. Tapi selepas baca bab kedua dan ketiga saya dah tahu siapa pembunuh dia kot. Saya syak je. Tapi a well done job by Gina Yap Lai Yoong. Siapa yang suka baca horror selain dari majalah Mustika (read : lame) tu boleh la mengarahkan diri anda ke Popular Bookstore terdekat untuk dapatkan naskhah Ngeri ni. Kalau tak pun order online di Kedai Buku Fixi.

Overrated. 6 over 5.

1 comment:

Faizul Osman said...

org kate mmg best novel2 tu semua... sy pun nak beli semua koleksi novel fixi ni...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/kenangan-berhari-guru.html