Skip to main content

Book Review: Tujuh Keturunan by Abd Razak Adam

Novel yang memenang saguhati Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian ini telah diterbitkan pada 2013.

Mengisahkan perjalanan hidup Rahmat yang dilingkari oleh pantang larang dan  adat istiadat Melayu.  Rahmat dilahirkan sewaktu zaman penjajahan Inggeris yang kemudiannya dikalahkan oleh Jepun. Sewaktu zaman penjajahan, masyarakat Melayu hidup dalam kesusahan. Kesusahan itu disumbangkan oleh percaturan penjajah dan sebahagiannya pula disumbangkan oleh adat istiadat Melayu. Tanah keluarga Rahmat kecil tetapi  berkedudukan strategik tergadai kepada Ah Sui yang licik.

Rahmat meneruskan kehidupannya  di kampung dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti menoreh, menjadi SC, menangkap ikan di sungai dan pelbagai pekerjaan kampung namun masih tidak berupaya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Setelah berkahwin dengan Rokiah, Rahmat mengambil keputusan untuk berhijrah ke tanah rancangan. Biarpun sudah berpindah namun ingatan terhadap tanahnya yang tergadai tetap membara di dalam hati.  Di FELDA Bukit Kayu Ara, Rahmat menghadapi pelbagai rintangan untuk mengecap nikmat kesenangan hidup. Dia terpaksa berhadapan dengan tekanan daripada peniaga cina dan tekanan daripada ketua kampung untuk  membuka syarikat perkongsian. Syarikat perkongsian itu terpaksa dibubarkan apabila Raja melarikan duit syarikat. Rahmat akhirnya berpakat dengan Ah Kaw dan Sundaraju untuk membuka bidang ternakan lembu. Hasil kesepakatan mereka,  syarikat mereka berjaya berkembang sehingga diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mendapatkan permit import lembu dari luar negara. Rahmat tidak perlu menggunakan kekerasan atau wang ringgit untuk mendapatkan semula tanahnya yang tergadai kepada Ah Sui.  Berkat kerukunan dan kebaikan hidup yang ditunjukkan akhirnya tanah nenek moyangnya kembali semula ke tangan Rahmat.

Lari dari buku-buku indie dan cuba baca buku-buku mainstream. Tiba-tiba aku rasa gaya aku bercerita dah teruk dah.

Gaya penceritaan banyak ke arah monolog. Monolog menggerakan jalan cerita dan plot sampai ke penghujung. Tapi apa yang bestnya pasal buku ni-- zaman sebelum Jepen dan selepas Jepun. Menggerakkan FELDA. Semangat perjuangan orang Melayu yang dah tak sama macam sekarang. Nilai dan ciri-ciri 1Malaysia yang konon-konon kita laungkan sekarang sedangkan dulu, perpaduan itu lebih kukuh sebenarnya.

Buku yang berat, tapi ringan.

Comments

Popular posts from this blog

Book Review: Tirani by Beb Sabariah

(This is the finest picture of the book that I can find on the web) The theme and story line is purely on women. Say it to me, I am feminist (grin) hewhewhew. This book is about a woman (Waheeda) who is obsessed to beauty, until she decides that she wants to do plastic surgery. She is tired of being mocked that she is ugly. At the same time, she was a managing a tourism company in Sarawak. Yes, it surprises me that the whole story line talked about Sarawak, and I finally realize the beauty of my own land. Because when I picked this book out of the shelves, I never thought that it took place in Sarawak, especially Kuching. Those roads that I am really familiar with. Towards the end of the story, her husband, Zahid left her because he thought that she was cheating on her. Waheeda struggled and became single mom. Brought up her daughter, Izzati until they met again. The struggle of women caught my eyes for this novel. I really want women to be look up as the one power that ...

Book Review: Seronok by Saat Omar (Buku FIXI)

(I believe what is more catchy is the book cover!) Thanks to CAIS UNIMAS, I finally can read this book. The theme of the story is about homosexual -- Amirul is falling for Bakar. For me, I've been looking for this type of story in Malaysian literature, too bad I started with this one (after all I always loved Fixi books). I am studying on transgender and their 'relatives' and being homophobic at the same time. Trying to understand why people don't accept them. I actually accepts them, but not allowing them continue being one. Because? It is wrong of course. However, nice story line, the composition and the maximum usage of the characters, I love them. Especially Amirul because he actually told everyone he is a gay, but not to his mother (how ironic!) And few critics on arts and films, it blends well and towards the ending ----- a gay can actually change to a normal guy. Why? Because woman belong to man, and so vice versa.

Film Reviews: Terbaik dari Langit (Nova)

This review is a special thanks to Dean Shaari because he convinced Liza so that I can watch this movie at the nearest cinema, that is also after a week this movie was released. Sinopsis : Terbaik Dari Langit (Bahasa Inggeris: Nova) merupakan sebuah filem yang bercorak kembara dan fantasi yang telah ditayangkan pada 25 Disember 2014 di Malaysia. Filem yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha ini menampilkan pelakon Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa dengan Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya. So what do I learnt from this movie? (i) All Toyu's scene in this film made me laugh all the way in the cinema although there were only 2 of us in the ci...