Novel yang memenang saguhati Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian ini telah diterbitkan pada 2013. Mengisahkan perjalanan hidup Rahmat yang dilingkari oleh pantang larang dan adat istiadat Melayu. Rahmat dilahirkan sewaktu zaman penjajahan Inggeris yang kemudiannya dikalahkan oleh Jepun. Sewaktu zaman penjajahan, masyarakat Melayu hidup dalam kesusahan. Kesusahan itu disumbangkan oleh percaturan penjajah dan sebahagiannya pula disumbangkan oleh adat istiadat Melayu. Tanah keluarga Rahmat kecil tetapi berkedudukan strategik tergadai kepada Ah Sui yang licik. Rahmat meneruskan kehidupannya di kampung dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti menoreh, menjadi SC, menangkap ikan di sungai dan pelbagai pekerjaan kampung namun masih tidak berupaya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Setelah berkahwin dengan Rokiah, Rahmat mengambil keputusan untuk berhijrah ke tanah rancangan. Biarpun sudah berpindah namun ing...