Ada seorang jejaka, di luar sana.
Ditakdirkan jadi jodoh kau merangkap kawan baik merangkap teman bergaduh - tempat kau menyandarkan harapan dan melaksanakan impian.
Dia yang akan hantarkan bunga untuk kamu - bila dia rasa dia mahu.
Dia yang akan temani kau menonton filem di panggung; hanya untuk menatap wajahmu lama-lama, dan dia bayar begitu banyak untuknya.
Dia bilang kau lah gadis paling cantik dan istimewa.
Buat kali pertama dalam hidupmu, kau percaya.
Comments