Ada seorang jejaka, di luar sana. Ditakdirkan jadi jodoh kau merangkap kawan baik merangkap teman bergaduh - tempat kau menyandarkan harapan dan melaksanakan impian. Dia yang akan hantarkan bunga untuk kamu - bila dia rasa dia mahu. Dia yang akan temani kau menonton filem di panggung; hanya untuk menatap wajahmu lama-lama, dan dia bayar begitu banyak untuknya. Dia bilang kau lah gadis paling cantik dan istimewa. Buat kali pertama dalam hidupmu, kau percaya.