Kalau air mata itu boleh membanjir seluruh bandar, rata-rata tempat ini sudah lama tenggelam, dan hilang dimamah cecair derita. Aku manusia pincang pun tahu khabarkan sedih pada dunia.
Semalam itu aku tangiskan pada Yang Maha Esa, kenapa nasib dironta dan dibunuh tanpa belas? Ini Ramadhan al Mubarak. Ingin ku hanya pergi jauh dari derita, dan aku cuma mahu janji - bahawa orang orang teraniaya doanya makbul.
Hujan - bawa pergi derita, dan serta makbul doa.
Comments