Bila kali terakhir aku buat review novel eh? Lama jugak ke baru? Kesah pulak aku nak review apa. Tapi kalau review novel dari aku, lagi banyak novel thriller/seram lah berbanding novel cinta. Yes, I'm that keras person liddat. Sampaikan pakwe cakap: "Dear future kids, don't read thriller novels like your future mom do. It scares me, a lot." Aiceceh. Mengada lettew.
Okay sebelum aku meleret ke topik cinta yang tak sepatutnya. Tadaaaaa!
Nama dah antologi, so ada banyak lah cerita dalam ni. Ada 5 totalnya:
#1: Tragedi di Lampu Isyarat; Elle Mardiana.
Twist yang aku dapat dari cerita ni sangat power. Kesan yang mendalam yawww. Terutama part-part seram, ngeri. Tak usah kabo. Best =)
#2: Menari Dalam Duka; Attokz Dikulgai.
Mengajar aku erti kesabaran dalam menghabiskan cerita ni. Mula-mula aku fikir nak skip jugak. Tapi bila aku mendalami, oh I wish I know Arzam Domino (by the way watak dia suka makan Domino's Pizza) okay tu je nak cakap. Ada sinar-sinar keinsafan lepas baca cerita ni.
#3: Dendam Bunga Dahlia; Lyn Dayana.
Power, power. Dan buat watak dia hidup dalam ketakutan. Buat aku tak sabar nak habiskan. Banyak menghapuskan sisa-sisa dendam dalam hati aku. Dendam tu boleh buat kita membunuh. Dan membunuh ituuuuuuu....... *buat gaya cikgu* okay dah.
#4: Buru Bayangan Luka; Dhiya Zafira.
Susah, kalau jadi pesakit mental dan berusaha bagitau semua orang yang kau percaya; yang ada orang nak bunuh kau! Sedangkan orang normal pun susah nak buat benda yang sama. Twisted story, awesome.
#5: Cinta Berdarah; Salina Salleh.
Kalau dah cinta, manusia sanggup buat apa saja. Tapi kalau yang dicinta itu sudah tiada, mengapa masih menekan diri hingga merana. Kesian dengan watak Helmi ni. Kesian jugak dengan Aisyah. Hmmm. Kesian.
Sebenarnya, adik aku yang berminat dengan novel ni, aku tak pandang sangat lah awal-awalnya. Tapi ada benda yang menarik pasal cover dia, macam memanggil-manggil. Dan aku sangat mudah jatuh cinta pada cover novel yang power-power ni.
A novel that worth your time. =)
Comments