Dari World English Dictionary, Collins, definisi Kelabu (Grey)
Jadi kenapa warna Kelabu? Dari definisi kedua, gloomy. Sesuatu yang kelam dan tak pasti. Definisi ketiga, neutral or dull, especially in character or opinion.
Yang lain lain abaikan. Aku sengaja letak sebab saja nak panjangkan entri ni.
Kelabu ni buku Fixi yang kedua aku baca lepas Ngeri. Ngeri punya review sila belek sini.
Kelabu ni sembang apa sembang apa?
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
Tu cuma sinopsis dari back cover diorang je. Kau tahu apa kalau tak baca sendiri novel ni? Kau tahu apa kalau tak experience sendiri apa yang Amir ni rasa. Ah emo bebeno. Tapi hakikatnya garapan cerita ni banyak menyentuh kisah hidup manusia pasca putus cinta. Mengajar manusia kurang ajar dalam cinta dan kuat meroyan macam aku, apa itu MOVE ON.
Amaran:
Kelabu bukan sebuah novel cinta yang till jannah yang kau harapkan. Juga bukan sebuah novel buat stol geli geli yang kau impikan putera idaman datang dan datang meminang. Juga bukan sebuah novel buat kau berair mata terharu mahupun sebak pilu dan yang sama waktu dengannya.
Ambil lah seberapa masa yang kau mahu untuk menghayati cerita ni. Sebab aku dah ulang baca tiga kali dan aku masih sebak. Dan aku masih mencipta ending dia sendiri.
Tapi aku ada soalan untuk korang yang bakal baca Kelabu ni.
1. Kau percaya pada peluang kedua?
2. Kau akan terima balik pakwe/makwe kau yang tinggalkan kau?
3. Kau pernah buat keputusan atas sebab yang tak pasti?
4. Kau kehilangan orang yang banyak menyokong kau. Kau buat apa untuk dapatkan dia kembali?
5. Kau pernah keliru dengan jantina kau sendiri?
6. Kau pilih untuk hidup dengan masa silam atau cipta kenangan baru, dengan orang lama atau orang baru?
Lepas kau baca Kelabu, kau tolong jawab soalan aku. Semoga berjaya!
Beli Kelabu di sini.
Comments