Tulis sebuah karangan bergambar bertajuk-Impian Saya. Tiada had perkataan.
Okay sangat naif hijau macam lagu Zainal Abidin. *muzik latar*
Hai saya orang Sarawak! Salam kenal untuk semua yang baru mengenali diri ini. Lapang lapang bolehlah sampaikan pesanan kepada saya melalui radio. Anda comel, begitulah awan nano!
Saya sebenarnya taklah nak mengada sangat dengan entry ni, tapi saya yakin jiran blog sekalian mesti suka berjimba, travelling dan sebagainya. Sarawak pun saya suggestkan sebagai satu tempat bercuti untuk anda. Lepas ni saya syak saya dah boleh mendaftar untuk kerja sebagai pemandu pelancong.
Kenapa Sarawak best?
Sarawak, also known as "The Land of the Hornbills", is the largest state in Malaysia and is located Northwest of the Borneo Island. It also shares its borders with Indonesia's Kalimantan province in the South and Brunei and Sabah in the Northeast.
Maksudnya, Sarawak Bumi Kenyalang. Sarawak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Berjiran dengan Brunei dan Sabah. Unless korang tak belajar Sejarah dan Geografi, itu saya tak boleh tolong dah. Google up people!
Sarawak kini ada 2.3 juta penduduk, terdiri daripada 28 etnik. Saya pun susah nak senaraikan. Majoriti penduduk Sarawak ialah Dayak yang terdiri daripada Iban dan Bidayuh. Beribu negerikan Kuching, Sarawak mempunyai banyak tarikan tersendiri. Setakat ni, Kuching memang cukup dengan infrastrukturnya, jangan risau :)
Anda tahu anda akan jumpa semua ni di sini. Jadi tunggu apa lagi? Okay tunggu cuti sekolah bawak anak anak datang Sarawak. Yang datang solo dan single boleh hubungi saya di nombor 014 444 tekan tekan tak dapat. Ini sangat mengundang.
Ini saja yang mampu saya kongsikan untuk anda secomel mungkin. :)
Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut.
Comments