Rembulan yang menangis; kerana tiada pungguk yang merindu, kerana ia selalu kufur pada perasaan itu, yang selalu ada menunggu. Pungguk yang berhenti merindu, kerana rindu itu perasaan yang menyakitkan, namun ia bilang, sudahlah - bulan tidak mahu aku. akhirnya rindu itu malap bersama lampu pelita, yang sudah basah sumbunya, dan pungguk pun mencari pasangan yang setara. dan si bulan yang kesepian - adalah bulan yang sering menidakkan, biar berjuta datang perasaan, ia terus keseorangan.